Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Wednesday, October 09, 2013

100 markah.

Lirik Lagu:

Banggakah dirimu
Kekasihmu sahabatku
Rupanya selama ini
Dia menaruh hati

- Yuna, Lelaki
-------
Jumaat ni exam. Exam Feqah Ibadat, subjek paling susah semester ini, dan aku sempat lagi menaip mengomel di sini, siap letak lagu Yuna. -____-" Hahaha.

Belek Gambar, terjumpa gambar terakhir peperiksaan akhir semester 3 Asasi. :')

Oh, Sebenarnya aku rindu AI B. T_T

Subjek paling susah. Bukan apa, benda-benda berkaitan ibadah ni memang tak boleh dibuat hentam keromo. Walaupun basic nya mungkin dah tahu, tapi mengenal perkara sahihiyah itu kadang tersilap.

Semalam baru selesai subjek kedua susah, Aqidah Islamiyyah. Alhamdulillah, mujur study dan belek soalan-soalan lepas. Kaau tak degar cakap kawan-kawan untuk studi, memang taklah aku usik buku.

>,< Jangan tiru gaya saya. kbai.

Lepas exam Feqah nanti, lepas solat Jumaat, nak terus balik rumah. Tapi kan, kita still kesian dengan mereka yang tinggal jauh macam Kedah, Terengganu, Kelantan. Bukan apa, lepas raya nanti, ada lagi paper tau, jadi kalau diorang balik kampung, teruk la nak kena balik sini balik.

*meh datang rumah aku, dekat je* Sekarang tengah ajak Zack untuk stay rumah aku. huhu

haa, ni yang buat aku seidh ni. Baru kejap tadi pergi singgah bilik Najib. Tanya gaya soalan Feqah nanti. hmm... cerita sedihnya kertas soalan tu dah 100 markah, tak macam Aqidah. Aqidah 50 markah je itupun objektif 30 markah. Feqah ni diorng kata 80 markah dekat subjektif je. fuh fuh. Jadi kena baca banyak, dalil nya lagi, istilah bagai. fuhh. mencabar betul. Mood study please datang sekarang. *ambil kain, ikat kat dahi gaya ninja*

Okey, saje menyinggah blog kejap. mahu disambung study-nya. :)

p/s: Apa nak buat cuti nanti ye? *buka planner*
Share:

0 Komentar:

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi