Pengubat lara

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada akak (ke adik?) niqabist, yang sudi menangkap gambar kami. :) 

Assalamualakum (kali kedua).

Alhamdulillah, Sabtu lepas (12 Oktober), satu pertemuan kesatuan-semula (re-union) yang juga usrah telah dibuat. Saya panggil Lepak Kentucky boleh? haha. Sebabnya Usrah kami berjalan selama beberapa jam di tempat yang sama (KFC KL Sentral).

Setelah beberapa lama tidak berkumpul, selepas masing-masing selamat meng-enroll-kan diri ke Universiti tempatan, akhirnya dapat juga kali ini kami berborak, belanja makan (makan je la yang aku ingat. :P), berkongsi cerita dan bertukar maklumat. Alhamdulillah, satu perasaan awesome yang teramat.

Usrah ini kami mulakan dari sekolah lama, maka kami ingin teruskan momentumnya hingga kini. Agar ia dicontohi generasi terkemudian. Hidup kita bukan hanya berprogram di sekolah, tetapi 'usrah' itu biar sampai Syurga.

Mungkin tiada apa yang menarik pun semasa perjumpaan kami.
Tapi bagi kami, refresh sinergi perlu dilakukan. Ah, aku rindu lagi sama kalian, baru beberapa hari. T_T

------
Kenapa tajuk pengubat lara? Bukan sebab putus chenta, tapi hati ketika itu sedang ka-chi-wa kerana tidak dapat pergi Seminar Pelaksanaan Syariah di UNISEL Shah Alam.

Namun, Alhamdulillah Usrah ini pengubat lara.

Jom ber-Usrah ! :)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan