Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Monday, October 28, 2013

Relevansi Taadibi.

Dalam perkongsian terbaharu, Murabbiku berpesan banyak perkara. Namun dek kerana kelemahan diri yang tidak membawa pengikat ilmu (baca: Pena dan Buku Nota), maka kutitipkan beberapa perkara utama (yang telah diolah dengan bahasa sendiri).


1. Jadilah Manusia yang Beradab.

Walau apapun aliran pemikiran, konsep dan pendekatan, jadikan Adab perkara yang utama.

Kamu Pro-ABC, jadilah Pro-ABC yang beradab.
Kamu Pro-Cendol, jadilah Pro-Cendol yang beradab.



2. Islam itu menyeluruh.

Bilamana dinamakan menyeluruh, maka mahu atau tidak, segala sistem yang berada di dunia ini, baik ekonomi, cara hidup, politik, bermuamalat dan menjalankan program, perlu diletakkan di bawah Islam.

Pemimpin, sebagai contoh, adalah golongan yang termasuk dalam sistem Pentadbiran Islam. Kedudukannya di atas sistem, tetapi ia hendaklah berada di dalamnya. Barulah Islam benar-benar memacu kehidupan.

3. Jangan berhenti untuk memberi.

Bilamana kini telah menjejak kaki ke alam Kampus yang penuh 'keterbukaan', maka jangan pernah untuk terus memberi. Berilah dengan sehabis baik, walaupun di blog, Facebook, Twitter, dan pelbagai lagi medium.

Alhamdulillah. Itu sahaja perkongsian ringkas yang boleh kutiti[kan di sini. Wallahua'lam.

p/s: Lama tak makan Lai chi kang. *tetiba*
Share:

0 Komentar:

Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi