Nama Masjid di Luak Sungai Ujong dengan Gelaran Adat

Dato Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Mubarak Dohak NAMA MASJID DENGAN GELARAN ADAT - SUNGAI UJONG. Alhamdulillah, kelmarin (21 Disember 2018) telah berlangsung majlis perasmian & pengisytiharan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sg. Ujong, Kuarters KLIA, Nilai yang disempurnakan oleh YTM Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak. Difahamkan, kini terdapat enam buah masjid dalam Luak Sungei Ujong (dikira Daerah Seremban kini) dinamakan sempena nama pemimpin atau gelaran adat bagi Luak Sungei Ujong. Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Kariah Sikamat. Masjid ini dibina pada tahun 2000, dan dinamakan dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-13, Dato' Mohd Yusof Hashim. Masjid Jamek Dato' Kelana Petra Sendeng, Ampangan. Masjid ini dibina pada tahun 1840, dan diubah nama pada tahun 1995 dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-11, Dato' Sendeng. Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak...