Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Tuesday, March 06, 2012

Nota 3 2012 | Pertemuan itu Harus, Perpisahan Itu Mutlak !


Ku gagahi jemariku mengetik kekunci untuk merekod peristiwa yang berlaku. Insya-Allah, kali ini, aku akan menitipkan Beberapa peristiwa dan perkara sepanjang tempoh 19 Februari sehingga 29 Februari 2012.

Sepanjang tempoh 10 hari ini, aku boleh katakana hampir semuanya bertemakan Perpisahan. Ada yang berpisah sementara, tidak kurang yang berpisah buat selama-lamanya.

Sememangnya menjadi kebiasaan, masyarakat setempat akan memanggil kami pelajar di ITQAN untuk melunaskan solat jenazah. Namun, kebelakangan ini, agak ramai (hampir setiap 2 hari satu kematian) yang memanggil kami untuk mengerjakan slat fardu kifayah tersebut. Sungguh, ia merupakan satu teguran langsung daripada Pencipta kita semua, di mana Dia pernah berfirman dalam kalam-Nya, yang bermaksud:

“Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menghadapi kematian”

Maka, bersedialah kita semua untuk menghadapinya. Mereka mendahului kita, kita bakal menyusul mereka. Cuma masa yang menetukannya. Jadi, pertingkatkan amalan kebajikan, kerana itulahsaham yang kita laburkan untuk kehidupan yang abadi di sana. Insya-Allah. :)

24 Februari 2012





Sempena penamtan sesi pembelajaran pelajar-pelajar semester 6 ITQAN, pihak Institut telah menganjurkan sebuah Majlis yang diberi nama “Majlis Wida Semester 6 ITQAN 2012”. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Besar Al-Syatibi ITQAN. Majlis yang berlangsung dalam suasana yang syahdu tersebut hakikatnya bukan hanya dibuat untuk pelajar Semester 6 semata-mata, tetapi ITQAN pada tahun ini akan kehilangan 3 orang guru yang diminati pelajar.

Mereka ialah Ustaz Abdol Rahim bin Mohamad, dipindahkan ke Maahad Ahmadi Negeri Sembilan dan ditugaskan sebagai Penyelaras Tahfiz Maahad Ahmadi (Mantan GPK Hal Ehwal Murid ITQAN); Cikgu Nurul Afidah binti Abdul Malek, dipindahkan ke SMA Sains Selaru, Kuala Pilah (Pensyarah Bahasa Inggeris kami, yang telah berkhidmat selama 10 tahun di bumi ITQAN): dan Cikgu Shuhaila binti Kalimuddin, turut dipindahkan ke SMA Sains Selaru, Kuala Pilah (Guru Matematik, Sains dan Komputer pelajar ITQAN).

Majlis Widak yangdianggap sebagai Wida Kubra oleh YDP PIBG ITQAN, Tuan Haji Murat bin Naemat tersebut turut dihadiri oleh KPP Bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Halim bin Sulaiman, Tuan Pengetua dan guru-guru al-Quran dan akademik.

Generasi yang bakal meninggalkan ITQAN merupakan Generasi Kedua ITQAN, dan merupakan Generasi ke13 Tahfiz di Negeri Sembilan. Mereka digelar Batch Tsunami, kerana beberapa faktor dan peristiwa.
Antaranya:
Ø  Batch ini mendaftar pada tahun Tsunami Acheh melanda, iaitu pada tahun 2004.
Ø  Dari sudut positifnya, batch ini telah mencatat prestasi CGPA terbaik semasa Semester 1, dengan hampir 30% daripada mereka memperoleh 4.0
Ø  Dari sisi lainnya, batch ini pernah terlibat dalam suatu kes yang melibatkan kes mahkamah. Alhamdulillah, kes tersebut telah selesai.

Turut menyampaikan ucapan, wakil pelajar Semester 6, Saudara Muhammad Faiz bin Shamsuddin, dan Presiden Persatuan Kebajikan Siswa & Siswi ITQAN, Saudara Muhammad Husaini bin Mohd Ali Napiah.

25 Februari 2012

Masih lagi dalam mood Widak, pihak PAKSI juga turut mengadakan Malam Wida Semester 6 2012. Malam yang bertemakan Malam Gala Gemilang itu dihadiri oleh semua pelajar lelaki ITQAN, termasuk pelajar tingkatan.

Majlis dimulakan dengan acara Red Carpet. Tahun ini mempunyai sedikit kelainan, di mana terdapat set temuramah dan fotografi. Ia diinspirasikan daripada acara-acara popular seperti ABPBH dan AIM.

Kemudian, acara diteruskan dengan bacaan Doa oleh Saudara Mohd Arif bin Mohd Yusof. Diikuti ucapan Presiden PAKSI, dan Ketua Umum Pelajar. Ringkasnya, pelajar semester 6 memberikan ucapan mengikut kumpulan dan diselang-selikan dengan tayangan video dan persembahan jenaka bersahaja daripada pelajar Tahfiz 4.

Antara kata-kata yang dapat dititip pada malam itu ialah:

“Jangan kita asyik memakan roti yang bermentegakan Mimpi, sedangkan di hadapan kita terdapat Kopi manis yang bergulakan Realiti: - Saudara Zainol Ariffin Md Tahir.

“Selagi mana besi berada dalam jari aku ni, selagi itu aku tak kan lupa jasa korang semua” – Saudara Khairul Sabirin Abd Halim. Beliau telah ditimpa kemalangan pada musim haji tahun lepas. Pihak PAKSI telah mengadakan kutipan Derma Kilat bagi menampung kos pembelanjaan rawatan beliau. Pada masa yang sama, kedua-dua ibu bapanya sedang menunaikan Haji di Tanah Suci Makkah.

“Jika tidak kerana Tuhan, aku tidak berada di sini” – Saudara Muammar Afiq Mustafa Kamal

“Jaga Adab, Jaga Al-Quran” – Saudara Ibrahim Ahmad Nurman

“Pandulah adik-adik anda. Mereka perlukan panduan dan dorongan” – Saudara Amirullah bin Jasni

Majlis diakhiri dengan Gala Night Dinner (Makan-makan..hehehe….).

26 Januari 2012

Hari ini, pelajar semester 6 akan berangkat ke Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Subuh. Suasana bermula hening dan suram. Setelah solat Subuh berjemaah, telah diadakan Salam Mahabbah antara pelajar semester 6 dengan semua pelajar.

Suasana hening dilatari dengan alunan selawat oleh beberapa orang pelajar.

Aku seperti rakan-rakanku, menyalami mereka satu persatu. Memeluk mereka seerat yang mungkin. Menganggap perpisahan kali ini mungkin adalah perpisahan selama-lamanya. :’(

Teguran dan Nasihat diberikan oleh mereka. Insya-Allah, kuturuti semampu mungkin.

----------------------------------------@@@-----------------------------------------

Aku sayang korang semua :-)


29 Februari 2012

Hari ini, hari terakhir 3 orang guru yang aku katakan tadi berkhidmat di bumi ITQAN. Semoga kalian memperoleh memperoleh kejayaan di Dunia dan Akhirat. Doakan kami yang berada di bumi ITQAN ini.


Akhir bicara dariku, Pengorbanan itu Begitu Akrab Dengan Perjuangan. Tiada erti perjuangan, jika tiada pengorbanan. Sekian, sehingga bertemu lagi. Salam sayang dariku.:)

> z-nukman
Share:

1 Komentar:

hawiz said...

ingtlah kematian..terima kasih sbb ingtkan..=_=..

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi