Nota 4 2012 – Ujian Dihadapi, Cabaran Diatasi






Assalamualaikum w.b.t.
Insya-Allah, seperti biasa, aku akan membawa sedikit khabar berita untuk tatapan pembaca semua. =) Tajuk kali ini berkaitan dengan ujian dan cabaran. Ya, kedua-duanya saling berkait. Ujian dan Cabaran , kedua-duanya adalah pakej bersama apabila kita diHIDUPkan. :) Jadi, ayuh, hadapi ujian, atasi cabaran bersama. !

1 Mac 2012

Hari ini merupakan hari pertama bagi guru-guru yang dipindahkan ke institutku. Mereka ialah Ustaz Mohd Roikhan Zubir dan Cikgu Mohamad bin Aspari.

2 Mac 2012

Hari Jumaat, seperti biasa Institutku akan mengadakan Perhimpunan Perdana. Ia merupakan perhimpunan pertama bagi 2 orang guru baharu ITQAN. :) Banyak wasiat dan nasihat yang diberikan mereka berdua pada ucapan pertama mereka dalam perhimpunan tersebut.

“The First Law of Success is You Must Sacrifice !”
– Cikgu Mohamad bin Aspari, GPK HEM ITQAN

“Jangan kalian kehausan di dalam hujan yang lebat !”
– Ustaz Mohd Roikhan bin Zubir, GPK Akademik ITQAN

3 Mac 2012
Hari ini kami (aku dan pelajar Semester seramai 42 orang) ke Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya. Rombongan tersebut dikelolakan oleh Persatuan Kebajikan Siswa & Siswi ITQAN (PAKSI) dan Akhi Arif sebagai Pengarah Program.



Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya dianjurkan oleh Sinergi Ilmu. Ia menghimpunkan banyak penerbit buku Islam. Antaranya Telaga Biru, Kemilau Publika, Grup Buku Karangkraf, PTS Publications, dan ramai lagi. Alhamdulillah, aku sempat membeli 4 buah buku iaitu Travelog Wartawan Islam karya Roslan Hamid, Makna Sebuah Kehidupan (Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin), Ustaz Azhar Idrus : Daie Sejuta Ummat (Riduan Mohamad Nor) dan Kumpulan Cerpen Cinta Kun Fayakun (A.Ubaidillah Alias).



Sudah agak lama aku tidak melawat Putrajaya. Hehe… Ternyata bandarnya amat terancang dan cantik. Kami sempat mengambil beberapa shot gambar. (ahaks… :P) Kami meronda-ronda sehingga pukul 3 petang. Kemudian, kami menjelajah pula ke Alamanda Putrajaya untuk makan tengah hari dan shopping ! Aku, Aiman dan Amien (laman blog Amien) meronda-ronda sekitar bangunan beli belah terkemuka ini.

9 Mac 2012

Seminggu meneruskan pengajian seperti biasa di Institut. Minggu hadapan kami akan menjalani peperiksaan Semester 2 Diploma. Hari ini, Abang aku datang ke Institut. ^^ Amat, amat suka. Haha.



Minggu Peperiksaan Semester Diploma Darul Quran

12 Mac 2012

Hari ini Peperiksaan Semester bermula. Subjek hari ini ialah Hifz Al-Quran Syafawi. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk menjawab soalan al-Quran secara lisan. Kami menjalani peperiksaan seperti biasa, dengan gemuruh dan gementar!!! Apa tidaknya, pepriksaan ini merupakan peperiksaan paling berdebar oleh pelajar ITQAN. Hehe.

Maghribnya, aku menerima panggilan daripada ibuku, bahawa Nyang (Makcik kepada Nenek) aku telah meninggal dunia pagi tadi. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Almarhumah sebenarnya telah lama ditimpa sakit (aku tak tahu apa nama penyakitya). Al-Fatihah buat Almarhumah Hajah Mariam binti Ariffin.

13 Mac 2012

Hari ini kami menjalani peperiksaan bagi subjek Asas Qiraat Amali. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk membaca ayat al-Quran mengikut cara bacaan (Qiraat) imam-imam Qiraat yang Tujuh. Sebagai pengetahuan, Imam Qiraat yang Tujuh ialah Imam Nafi’, Imam Ibn Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibn Amir, Imam Asim, Imam Hamzah, dan Imam Al-Kisaie.

Pagi tadi, selepas solat subuh, aku mendapat berita bahawa adik Nurul yang dilaporkan hilang di media tempatan telah disahkan meninggal dunia akibat dibakar. Mayatnya yang rentung ditemui di sebuah hutan.

Aduh, masih ada lagi manusia yang berhati binatang seperti ini.

1. Al-Fatihah buat almarhumah adik Nurul.
2. Dengan adanya kes begini, ramai pihak perlu buka mata.
> Ibu bapa – hendaklah sentiasa keep on eye setiap pergerakan anak mereka. Jangan biiarkan mereka keseorangan walaupun di dalam rumah ! Sentiasa bertanya perkembangan anak mereka semasa berada di pusat asuhan kanak-kanak.
> Masyarakat – hendaklah menguatkan ikatan kejiranan dengan kuat. Tunaikan hak jiran anda. Sentiasa peka dan ambil peguli tentang keadaan sekeliling kita.
> Kerajaan – kerajaan perlu sedar bahawa NEGARA KITA BELUM SELAMAT. Walaupun laporan anilisis tebaharu mengatakan Malaysia adalah negara selamat no satu di Asia Tenggara, kerajaan perlu mengambil tindakan atau menggubal sebuah akta untuk melindungi hak dan keselamatan ankanak-kanak kecil

# Hari ini merupakan episod terakhir kisah percintaan Amir Ashraf dan Zara Aishah dalam Drama Rantaan Slot Lestary TV3, Vanila Coklat. :) *layan jugalah bila tengok cerita ni dari awal. bhehe... #dalamhatiadetaman jugak rupanye..


14 Mac 2012

Hari ini kami menjalani peperiksaan bagi subjek Hifz Al-Quran Tahriri. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk menjawab soalan al-Quran secara bertulis (ujian bertulis).

15 Mac 2012

Hari ini kami menjalani peperiksaan bagi subjek Ilmu Tajqid. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk menjawab soalan-soalan berkaitan ilmu tajwid al-Quran. Soalan adalah dalam bentuk subjektif.

Hari ini kami pulang ke rumah masing-masing. Cuti sekolah akan habis. Ini bermakna minggu depan kami akan menjalani pepriksaan dengan suasana ITQAN yang agak sibuk. Hehe.

Hari ini juga abang aku datang ke ruah. Pada mulanya, ingatkan dia ni nak jumpa kejap je kat *Bandar Raya* Seremban, tapi dia sendiri nak hantar aku ke rumah. ha, bagus la tukan.? hehe... Dalam sejam jugalah dia lepak, makan-makan, borak-borak dengan famili aku. Dalam pukul 6 petang, dia pun balik. Terharu sesangat, Thank you for coming my home.. (:


---------------------------------------------------------------
Ok, itu sahaja coretan untuk Separuh bulan Mac ini. :) 
Rencana, pandangan dan pendapat aku buat masa sekarang ni tunggu dulu. Tunggu apabila mood sampai.
Oh mood, cepatlah sampai. hmm... :(

wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan