Nota 5 2012 : Riadah Satu Tarbiah


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca =)

Rindu kepada Semua pembaca. (Ada ke yang nak baca? =.=’)
Insya-Allah, saya menitipkan lagi tulisan #Nota2012 untuk siri yang ke-5, bagi bahagian kedua Bulan Mac ini.

16 Mac 2012 (Jumaat)

Hari ini hari Jumaat. Tak banyak aktiviti pada hari ini. Hanya menghadiri Masjid Kariah Pekan Mantin bersama keluarga bagi menunaikan solat Jumaat. :)

17 Mac 2012 (Sabtu)

Hari ini rumahku didatangi oleh makcik saudaraku sebelah bapa, Puan Dasimah Hassan dan keluarga. Saya memanggilnya sebagai Ummi. Mereka sekeluarga datang atas sebab-sebab tertentu *yang tidak perlu dinyatakan di sini*.  

18 Mac 2012 (Ahad)

Hari ini saya pulang semula ke institut tempatku belajar. Menaiki bas seorang diri. :D biasanya, ramai yang ikut bersama, tapi kali ini i’m alone~ haha. Ummi (My aunt) pula meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.

19 Mac 2012 (Isnin)

Insya-Allah, hari ini, saya  akan menyambung semula Peperiksaan Semester 2 Diploma Darul Quran bagi madah Aqidah. Soalan adalah dalam bentuk Subjektif. Memang payah. *sebab tak baca buku.. :P*

20 Mac 2012 (Selasa)

Hari ini kami menjalani peperiksaan bagi subjek Tarannum. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk menjawab soalan Tarannum secara bertulis (subjektif). Soalan adalah berkisar tentang latar belakang sesebuah gaya bacaan, ciri-ciri dan pengertian.

21 Mac 2012 (Rabu)

Hari ini pula kami menjalani peperiksaan bagi subjek English Language. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris. Formatnya persis kertas soalan SPM dahulu. *dahulu? Dah tua dah aku ni. Uhuk, uhuk*

Malam ini, terdapat sebuah peristiwa realiti yang membuatkan diriku terpanggil menulis sebuah entri berjudul ‘Jalan Tengah : Mengapa Harus Bermusuh’. Namun, dalam entri tersebut, aku mengubah dan menokok tambah sedikit perjalanan cerita dan kandungan penceritaan.

22 Mac 2012 (Khamis)

Hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan. Kami menjalani peperiksaan bagi subjek kegemaranku, Bahasa Arab. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk menjawab soalan Bahasa Arab. Formatnya juga hampir persis Kertas SPM Bahasa Arab Tinggi. Namun, ada sedikit kelainan. :) Alhamdulillah, soalan-soalan spot banyak yang kena. :D  

Sekalung penghargaan buat sahabat saya dari Darul Quran: Syauqi Radzi yang banyak membantu kami. ;D thanks bro

23 Mac 2012 (Jumaat)

Hari ini, kami semua (Pelajar Institut) mengadakan Perhimpunan Perdana di Padang Institut. Ia seiring dengan persiapan dan raptai penuh bagi acara/program yang akan dilangsungkan esok harinya. Perhimpunan dihadiri oleh hampir semua asatizah.

24 Mac 2012 (Sabtu)




Karnival Sukan ITQAN kali ke-7/2012

Saya bertugas (sebetulnya menyibuk dan menyemak :P) sebagai pegerai bagi Gerai D’Paksi. Gerai D’Paksi merupakan gerai jualan di bawah selian Persatuan Kebajikan Siswa & Siswi ITQAN (PAKSI). Hari itu, kami menjual bermacam-macam jenis makanan, minuman dan beberapa peralatan. Antaranya, Float Sarsi, Air Berkarbonat, Roti Mayones, Buah-buahan, Minyak Wangi, Makanan Tambahan Habbatus Sauda’ dan Kopi Barli. Turut sama membuka gerai adalah dari pihak Koperasi ITQAN Bhd.

Keputusan Karnival Sukan ITQAN.
Juara Keseluruhan : Rumah Kuning
Tempat Kedua: Rumah Biru
Tempat Ketiga: Rumah Hijau
Tempat Keempat: Rumah Merah

Acara terhangat adalah acara tarik tali, yang dimenangi oleh Rumah Hijau setelah menewaskan Rumah Merah.

Olahragawan ITQAN 2012 pula disandang oleh:
Mr. President of PAKSI, Saudara Muhammad Husaini bin Mohd Ali Napiah.

Tahniah kepada semua pemenang.

Dalam Ucapan Aluan bagi Majlis Penutupan Karnival, Pengetua menekankan bahawa Karnival Sukan ITQAN bukan sahaja untuk pelajar, tetapi ia adalah Karnival Sukan Keluarga ITQAN. Ini kerana ia turut melibatkan penjaga, bapa, ibu, guru-guru, keluarga guru, dan anak-anak mereka.

Pengetua turut menegaskan bahawa Riadah itu salah satu daripada proses Tarbiah. Ini kerana ia melibatkan fizikal, mental, stamina, dan emosi, di samping menekankan juga dari aspek rohani.

“Riadah Satu Tarbiah”

26 Mac 2012 (Isnin)

Alhamdulillah, hampir Semua pelajar Semester sedang bercuti Semester selama seminggu. Namun, terdapat beberapa pelajar semester (termasuk saya) dikehandaki terus menetap di Institut. :D *atas alasan tertentu :P*

27 Mac 2012 (Selasa)

Alhamdulillah, berita baik :D Hari ini, Murabbiku membenarkan kami pulang ke Rumah !! Punyalah teruja kami (3 Orang. Aku, Din, dan Amir). Keterujaan itu turut disokong oleh Ustaz, sehinggakan menghantar kami dari Gemencheh ke Tampin. Dari Tampin, Aiman pula mengambil kami bertiga. Untuk Pengetahuan, ini kali pertama aku pulang ke rumah hanya membayar duit tol dalam RM4.00. haha.  Sampai di rumah, meneruskan kerjaya sebagai *maid. =..=’ #shhh

28 Mac 2012 (Rabu)

Hari ini, aku duduk bersendirian di rumah. Papa kerja, Ummi Kerja, Adik beradik semua sekolah. Keseorangan d rumah membuatkan diriku bebas melakukan apa jua kerja :D
 Antara kerja yang aku buat:
>  Basuh Pinggan
>  Sapu Lantai
>  Buang Sampah
>  Kemas Rumah
>  Masak sarapan dan makanan tengah hari sendiri :D

[macam maid kan? =..=” tap ini la pengalaman menarik]

29 Mac 2012 (Khamis)

Hari ini pun masih duduk keseorangan. Ya lah kan, nak pergi mana lagi, ye dak?
Macam biasa meneruskan tugas2 ke-maid-an. :D
Disebabkan rumah kelihatan bersih semalam, ummiku menambah Tugasan baru iaitu: MOP RUMAH

#memangbestdukrumahsorang2  ^(`-`)^ :D


30 Mac 2012 (Jumaat)

Masih menginap di rumah.  Kali ini duduk dengan Nenek. Tiada yang terlalu spesel . Pakcikku mungkin pulang ke sini. Kerana Ahad ini akan ada Majlis doa selamat dan sambutan birthday sepupuku (anaknya).
Hari ini, berita nya, Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan dan Kaka, ditulis oleh Malique, diharamkan dari penyiaran. Alasannya.... menghasut remaja untuklari dari rumah.

Ok, lagu melayu menghasut buat jahat, Lagu Barat yang ajak main seks dan minum-minum semuatu tak nak pula pakcik tua tu nak haramkan. :( apa lah

--------------------------------------------------------------------------
Baiklah, di sini sahaja coretan saya.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan