Rama-rama dan Kura-kura
Ini rama-rama |
Ini Kura-kura |
Jika dilihat para Sahabat Rasulullah, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Sebagai contoh, dengan tema 'Al-Quran', ada team Sahabat yang mahir dalam Tafsir Al-Quran seperti Saidina Abdullah ibn Abbas, Zaid bin Thabit, Abu Musa Al-Ash'ari dan lain-lain. Ada team Sahabat yang mahir dalam penulisan al-Quran seperti Zaid bin Thabit, dan Ubai bin Kaab.
Seterusnya, kita lihat pula contoh lain, mereka juga mempunyai perwatakan sendiri.
Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq terkenal dengan sifat dermawan dan kesetiaan yang tinggi terhadap Rasulullah s.a.w. Corak pemerintahan beliau adalah dengan menyusun kembali kerajaan dengan mewujudkan sistem gabenor.
Khalifah Umar 'Al-Faruq' bin Al-Khattab pula terkenal dengan sifat ketegasan dan keberanian. Corak pemerintahannya pula juga berbeza dengan Saidina Abu Bakar. Khalifah Umar juga memperluas wilayah Islam.
Khalifah Uthman bin Affan pula terkenal dengan kesantunan adab dan seorang yang peramah sehinggakan Malaikat dan Rasulullah s.a.w turut segan dengan kesantunan beliau. Beliau mengumpulkan lembaran al-quran menjadi sebuah Mushaf yang dipanggil Mushaf Resam Uthmani.
Imam Ali bin Ali Taib Karamallahu Wajhah pula terkenal dengan sifat keberanian dan mempunyai jiwa kepemudaan (futuwwah) yang tinggi. Beliau dikenali dengan tugasan beliau sebagai Penasihat Khalifah Al-Rasyidin (sebelum beliau).
Synergize
Stephen Covey dalam bukunya 'The 7 Habits of Highly Effective People', salah satu kebiasaan bagi orang yang berjaya adalah dengan Sinergi (synergize).
Synergize bermaksud :
Combine the strengths of people through positive teamwork, so as to achieve goals no one person could have done alone.Maksudnya (main terjemah je ni..)
Menggabungkan kekuatan individu membentuk gerak kerja kumpulan ke arah kebaikan, untuk mencapai target tiada sesiapa yang memperolehnya secara keseorangan.
see? Penerapan unsur Sinergi ini sebenarnya telah lama dipraktik oleh Rasulullah s.a.w. Mereka mempunyai perbezaan minat, pendekatan, kebolehan dan cara perwatakan, namun itu bukan menjadikan mereka berpecah. Mereka bersinergi demi mencapai 'goal' memartabatkan Islam di Dunia.
Hijrah Rasulullah
Kita lihat sewaktu peristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah. Ia memerlukan sinergi semua pihak, hatta non-Muslim sekalipun, kan? Semua mereka memainkan peranan masing-masing.
Saya tonjolkan 4 individu yang amat-amat penting dalam peristiwa Hijrah ini yang membentuk 4 kumpulan hebat zaman sekarang. Mereka adalah Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Ali bin Abi Talib, Sayyidatina Asma' bin Abu Bakar, dan Abdullah bin Uraiqit.
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq sanggup berkorban mempertahankan Nabi Muhammad sehinggakan sanggup menahan bisa ular (atau kala jengking, alamak ! dah lupa.. ) semata-mata untuk membiarkan Rasulullah tidur dengan lena. Saidina Abu Bakar kita boleh katakan, beliau mewakili kelompok Dewasa.
Saidina Ali bin Abi Talib pula sanggup dengan beraninya menyahut arahan dari Rasulullah s.a.w untuk tidur di katil Baginda, walhal semua t5elah ketahui bahawa akan datang puak Kafir Quraisy yang ingin membunuh Rasulullah pada malam itu. Saidina Ali bin Abi Talib kita boleh katakan mewakili kelompok Pemuda.
Saidina Asma bin Abu Bakar pula sanggup dengan penampilan yang sedang sarat mengandung, menguruskan urusan logistik,menyediakan makanan dan minuman kepada ayahandanya dan Rasulullah s.a.w. Kita boleh katakan beliau mewakili kelompok Muslimat.
Kejayaan Hijrah rasulullah s.a.w tidak terhenti dengan ketiga-tiga kelompok di atas semata-mata, tetapi ia turut melibatkan Abdullah bin Uraiqit, seorang pengembala kambing yang bertindak sebagai juru pandu Rasulullah s.a.w ke Madinah. Kita boleh katakan beliau mewakili kelompok Non-Muslim. Rasulullah juga meletakkan kepercayaan kepada Non-Muslim, ini bermakna tanpa kelompok ini, Islam juga tidak berjaya dimartabatkan. Inilah pentingnya non-Muslim dalam memartabatkan Islam.
(Organisasi dalam Parti Islam Se-Malaysia, menepati konsep sinergi Hijrah ini apabila mewujudkan Dewan Ulama (Golongan Dewasa, Saidna Abu Bakar), Dewan Pemuda (Golongan Pemuda, Saidina Ali), Dewan Muslimat (Golongan Wanita, Saidatina Asma) dan Dewan Himpunan Penyokong (Golongan Non-Muslim, Abdullah bin Uraiqit) <-- Hanya pemerhatian, tiada niat politik. hee~
Hasilnya mereka bersinergi walau berbeza umur, keadaan, pegangan dan sebagainya. Hasilnya, sebuah kerajaan Islam Madinah berjaya dihasilkan.
Matlamat Utama
Lihat mereka berkerjasama untuk memperoleh sebuah hasil yang positif? Bukan ingin membangkitkancerita hijrah dan sebagainya, namun ia berbalik pada soal diri kita. Seperti dalam posting saya Tiba Masa Bergabung Tenaga, kita semua ada kelebihan tersendiri, tapi kita masih saling memerlukan antara satu sama lain. Kerana kelebihan kita hanya satu bahagian, bahagian lain adalah milik orang lain. Untuk mengjadikan bahagian-bahagian tersbut menjadi satu yang lengkap, ia memerlukan sebuah sinergi. Sinergi yang diikat dengan tali ukhuwah atas keimanan. Bukan sekadar berkawan tanpa tujuan.
Jadi, Ayuh kita gerakkan langkah, bergabung membentuk satu halaqah, bergerak atas dasar ukhuwah, dan bermatlamatkan dakwah !
Jom Synergize !
.
.
Comments
І reаlly еnjoуеd rеadіng it, you can be a gгеat аuthοr.
ӏ will make certain tο booκmaгκ youг blоg and ωill еventuallу сοme back in thе futurе.
I ωant to еncοuгаgе уоuгѕelf
tо continue youг great writing, haѵе a nіce aftеrnoon!
Here is mу wеb pаge: CarbonPoker Bonus