Tengku Ampuan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor

TENGKU AMPUAN SELANGOR DAN TENGKU PERMAISURI SELANGOR.



Tahukah anda, pasangan kepada DYMM Sultan Selangor akan memakai salah satu daripada dua gelaran iaitu 'Tengku Ampuan' atau 'Tengku Permaisuri'.

Pasangan DYMM Selangor sekarang (tahun ditulis : 2018), DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memegang gelaran Tengku Permaisuri, dengan nama rasmi "DYMM Tengku Permaisuri Norashikin".

Jadi, kenapa tidak mengguna pakai "Tengku Ampuan" seperti bekas penyandang Tengku Ampuan Selangor sebelum ini seperti Tengku Ampuan Rahimah dan Nenda Sultan Selangor, Tengku Ampuan Jemaah?

Ini adalah disebabkan syarat pemegang gelaran "Tengku Ampuan" mestilah Isteri DYMM Sultan yang berkahwin secara sah mengikut agama Islam, BERDARAH RAJA, berbangsa Melayu dan menganut agama Islam

Manakala bagi pemegang gelaran "Tengku Permaisuri" pula, syarat-syarat sama seperti Tengku Ampuan, kecuali bukan berdarah raja. Maksudnya, faktor pembezaan adalah keturunan.

Sebab tu kalau perasan, pasangan kepada Almarhum Ayahanda Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (mangkat pada 2001) mempunyai kedua-dua pemegang gelaran tersebut iaitu Tengku Ampuan Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat (memegang gelaran Tengku Ampuan Selangor sehingga mangkat pada 1993) dan Tengku Permaisuri Siti Aishah (memegang gelaran Tengku Permaisuri bermula 1999).

Sebagai tambahan, Bonda Sultan Selangor, Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah (mangkat pada 2011) tidak memegang gelaran Tengku Ampuan Selangor kerana baginda telah berpisah dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak berada di takhta Raja Muda lagi. Walau bagaimanapun, baginda dikurniakan gelaran YMM Paduka Bonda Raja Selangor sebaik sahaja DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah menaiki takhta, pada tahun 2001.

Nota: Perkongsian sempena istiadat pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Al-Muhammadi I (S.P.M.K) ke hadapan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, oleh YMM Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra hari ini, 27 November 2018.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan