Membahagi Wilayah Islam Seperti Pusaka Orang Mati : Nusantara Tidak Terkecuali

MEMBAHAGI WILAYAH ISLAM SEPERTI PUSAKA ORANG MATI : 
NUSANTARA TIDAK TERKECUALI.



Perjanjian Bangkok telah dimeterai antara British dan Siam pada Januari 1909, namun pada Julai 1909 baru ia disahkan. Walau bagaimanapun, British mengambil masa 21 tahun untuk memastikan semua negeri jajahan mereka (yang dikenali Negeri-negeri Tidak Bersekutu) untuk bersetuju dengan Perjanjian tersebut. Satu tempoh yang agak lama untuk 'memujuk Sultan yang memerintah' dan 'merasionalkan perjanjian yang pada awalnya dibantah'.

Kelantan adalah negeri terawal menandatangani perjanjian dengan British iaitu tahun 1910. Selepas melalui tempoh yang panjang, Terengganu menandatanganinya pada 1919. Kedah pula pada 1923 dan Perlis pada 1930.

Akibat daripada perjanjian ini, wilayah-wilayah Islam di Tanah Melayu dipecahkan kepada dua.
Wilayah Patani, Narathiwat dan Songkhla diserahkan kepada Siam. Begitu juga Wilayah Setul (kini Satun) yang kalau diikutkan lebih rapat dengan Negeri Kedah dan Perlis.

Wilayah Tabal (kini Tak Bai) juga dipindah milik kepada Siam berikutan mereka menjadikan Sungai Golok sebagai sempadan, dan ditukarkan dengan Wilayah Reman (kini Hulu Perak) yang dipegang oleh Siam pada asalnya.

Pulau Langkawi, Perlis, Kedah, Wilayah Reman (Hulu Perak), Terengganu dan Kelantan pula diserahkan kepada British.

Hal pertukaran-pertukaran wilayah ini, mengingatkan kita kepada sebuah lagi perjanjian iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memberi 'penyelesaian' sempadan jajahan Belanda (kini Indonesia) dan jajahan British (Kini Malaysia dan Singapura) yang mana melalui perjanjian tersebut, Melaka yang pada asalnya dijajah Belanda ditukarkan dengan Bangkahulu yang dijajah British. Singapura pula diiktiraf sebagai jajahan British oleh Belanda.

Semudah itu mereka membahagikan Wilayah Islam Nusantara seperti bak kata Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau malam tadi (di UIAM), laksana membahagi pusaka peninggalan orang mati.

(sekadar mengumpulkan maklumat)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan