ADUN Wanita Terengganu : Trvia Mengenai ADUN Lantikan


ADUN WANITA TERENGGANU : TRIVIA MENGENAI ADUN LANTIKAN. 

Tahniah diucapkan kepada YB Zuraida Md Noor di atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kuota Wanita. Berikut merupakan beberapa trivia mengenai ADUN lantikan:

1. Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu boleh melantik 4 orang ADUN lantikan daripada kalangan Wanita & Bukan Islam, sekiranya tiada wakil Wanita & Bukan Islam dalam DUN bagi penggal tersebut.

2. ADUN lantikan Wanita boleh terlibat dalam politik, manakala ADUN lantikan Bukan Islam tidak boleh menganggotai mana-mana parti politik.

3. Peruntukan Undang-undang untuk membolehkan pelantikan ADUN lantikan Terengganu ini diluluskan pada 2003, yang mana ketika itu Terengganu sedang ditadbir oleh PAS di bawah kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004)

4. Negeri Terengganu bukan satu-satunya negeri yang ada ADUN lantikan. Di Negeri Sabah sudah ramai yang dilantik sebagai ADUN lantikan selepas PRU14 tempoh hari, yang mana ianya mengukuhkan kedudukan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri. (Maaf, negeri lain saya tak tahu, belum semak. Haha)

Selamat berkhidmat, YB Zuraida!

#IslamMemimpin #TerengganuMajuBerkatSejahtera

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan