Ahli Dewan Negara : Pelantikan Tokoh Luar Terengganu Bukan Suatu Yang Asing


PERLANTIKAN TOKOH LUAR TERENGGANU BUKAN SUATU YANG ASING.

1. Tahniah diucapkan kepada YB Senator Ustazah Nuridah Salleh di atas perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini (29 November 2018). 

2. Dimaklumkan bahawa proses mengangkat sumpah sebagai Senator akan diadakan di Dewan Negara (Parlimen Malaysia) dalam tempoh terdekat.

3. Perlantikan Ustazah Nuridah Salleh dibuat kerana kekosongan kerusi wakil Terengganu ekoran tamatnya tempoh berkhidmat mantan Senator, YM Puan Engku Naimah Engku Taib pada bulan ini (November 2018).

4. Perlantikan Ustazah Nuridah yang berasal dari luar Terengganu - yang juga kini merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan - bukanlah suatu tindakan yang asing. Ianya boleh dilakukan oleh mana-mana negeri.

5. Malah, ketika PAS mentadbir Terengganu di bawah kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1999-2004, tindakan yang sama turut pernah dilakukan.

6. Pada tahun 2003, DUN Terengganu telah bersetuju untuk memilih (Almarhum) Ustaz Haji Hassan Shukri - yang ketika itu merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor - sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Terengganu. Ustaz Haji Hassan Shukri yang ketika itu jiga merupakan Naib Presiden PAS berkhidmat sebagai Senator sehingga tahun 2006.

Selamat berkhidmat, Ustazah Nuridah.

 #TerengganuMajuBerkatSejahtera #IslamMemimpin

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan