Perjuangan Islam : Ramai Penyokong Berbanding Pendokong?


PERJUANGAN ISLAM : RAMAI PENYOKONG BERBANDING PENDUKUNG?

Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai persoalan "penyokong dan pendukung perjuangan Islam", yang ditanya oleh mahasiswa kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018.

Soalan:
Ada seorang sahabat saya pernah berkata, orang Islam ni ramai yang menyokong tapi tidak ramai yang mendukung. Jadi, seperti kita tahu, menyokong dan mendukung ini ialah suatu perkara yang baik sebenarnya - dua-dua baik, tapi apa yang saya lihat dalam konteks Malaysia sendiri, yang mendukong Islam itu tidak ramai (manakala) yang menyokong tu terlalu ramai. Jadi bagaimana untuk kita melahirkan lebih ramai pendukung Islam dan minta untuk Tuan Guru berikan hamasah sedikit kepada kita sebagai umat Islam untuk menegakkan Islam di Malaysia ini. (Minit 2:00:42 hingga 2:01:35)

Jawapan:
(Seterusnya soalan mengenai) ramai yang menyokong, tidak mendukung, mengapa jadi begitu?

Ini terpulang kepada kita tahu apa dia Islam. Bila kita tahu Islam ni adalah paling berharga dalam hidup kita, lebih berharga daripada segala-galanya. Kalau kita tahu (sesuatu) barang itu berharga, kita akan jaga, letak di tempat yang baik-baik, pertahan ia sungguh-sungguh. Jadi masalahnya (ialah) orang Islam tak kenal Islam itu. Jadi orang Islam tak kenal Islam.

Apa lagi kalau kita tahu pula Allah Taala memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang memuliakan Islam ini. Kefahaman ini kena tanam dalam diri orang Islam. (Minit 2:07:36 hingga 2:08:12)

______________

Rakaman FB Live Syarahan Perdana bertajuk “Geopolitik Dunia dan Masa Depan Islam" bersama YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Main Auditorium UIAM: https://www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/729207410780504/ 

#ModelIslamMemimpin #IslamLeadingModel

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan