Perjuangan Islam : Ramai Penyokong Berbanding Pendokong?

PERJUANGAN ISLAM : RAMAI PENYOKONG BERBANDING PENDUKUNG? Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai persoalan "penyokong dan pendukung perjuangan Islam", yang ditanya oleh mahasiswa kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018. Soalan: Ada seorang sahabat saya pernah berkata, orang Islam ni ramai yang menyokong tapi tidak ramai yang mendukung. Jadi, seperti kita tahu, menyokong dan mendukung ini ialah suatu perkara yang baik sebenarnya - dua-dua baik, tapi apa yang saya lihat dalam konteks Malaysia sendiri, yang mendukong Islam itu tidak ramai (manakala) yang menyokong tu terlalu ramai. Jadi bagaimana untuk kita melahirkan lebih ramai pendukung Islam dan minta untuk Tuan Guru berikan hamasah sedikit kepada kita sebagai umat Islam untuk menegakkan Islam di Malaysia ini. (Minit 2:00:42 hingga 2:01:...