Posts

Nahdah | Tahniah !

Image
Klik gambar untuk ke laman sesawang Nahdah Tahniah kepada Parti Islam, Hizbul Nahdhah Tunisia atas kemenangan mereka dalam pilihan raya Umum Tunisia baru-baru ini. Semoga semua masyarakat dapat menerima dengan terbuka, walaupun mereka merupakan sebuah Parti Islam. Semoga Tunisia aman dan makmur di bawah pemerintahan yang mengikut syariat Islam.

Produk Islam | Ayuh Amalkan ! !

Image
Produk-produk yang menjadi simbol kepada Islam seringkali dipandang serong oleh golongan yang prejudis terhadap Islam. Justeru, sebagai seorang Muslim, ayuh bersama-sama kita amalkan produk-produk Islam ini. Insya-Allah, moga dapat diamalkan. 1) Serban Serban merupakan simbol terulung seorang Muslim. 2) Tudung Labuh Pemakaian Tudung Labuh merupakan tudung paling sempurna bag seorang Muslimah. 3) Jubah Pemakaian Jubah itu satu Sunnah. Tiada khilaf padanya. Sekadar Hiasan. - Pemakaian Jubah satu Sunnah 4) Cincin Pemakaian cincin bagi lelaki adalah sunnah disarung pada jari kelingking kanan Tidak boleh diperbuat daripada emas, walaupun sedikit. Wanita dibenarkan memakai cincin karana cincin merupakan perhiasan wanita. 5) Purdah Diharuskan kepada wanita untuk memakai purdah. Banyak kelebihan memakainya, termasuklah mengeak daripada fitnah. Moga produk-produk Islam ini dapat disebarkan penggunaannya kepada umum, khususnya kalan...

Usul Isyrin Imam Hasan Al-Banna

Usul Isyrin Imam Hasan Al-Banna Dua Puluh Usul Jalan Wasatiah Perpaduan Ummah Digariskan oleh Pengasas Ikhwan Al-Muslimin, Al-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna rahimahullah sebagai jalan pertengahan (wasatiyyah) yang sahih dan tepat bagi mengembalikan perpaduan umat Islam untuk memahami risalah Islam yang asli dan telus. Usul Isyrin digunakan sebagai perkara asas dalam memahami Islam sebenar. Perkara Usul Isyrin adalah seperti berikut: 1.       Islam adalah satu sistem yang lengkap (syumul) mencakupi seluruh bidang kehidupan. 2.       Al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber rujukan bagi setiap orang muslim dalam memahami segala hukum-hakam Islam. 3.       Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya kasyaf, mimpi, ilham dan lintasan-lintasan hati tidaklah menjadi dalil hukum ...

Blog Baharu: PuteraMadani

Di kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kunjungan semua pembaca blog ini ke blog kedua saya yang lebih 'simple'. 'Link'nya adalah seperti berikut. http://puteramadani.blogspot.com Moga kehadiran blog kedua ini memberikan seribu satu makna dalam hidup saya. Sekian, wassalam...

Warkah Sahabat: Menyelusuri Denai Ramadhan

Warkah Sahabat: Menyelusuri Denai Ramadhan Oleh: Putera Madani Warkah ini kutitipkan buat diriku dan sahabat pembaca yang dikasihi sekalian. Apa khabar iman kalian sepanjang Ramadhan tahun ini? Moga bulan al-Mubarak tahun ini lebih baik daripada bulan Ramadhan tahun lepas. Pembaca yang dimuliakan, Sedar atau tidak kita sudah menjejakkan kaki ke fasa terakhir Madrasah Ramadhan 1432H. Fasa terakhir sebuah persiapan. Fasa terakhir sebuah persediaan. Ibarat sebuah penerbangan yang bakal berlepas. Para penumpang sedang menunggu di balai berlepas lapangan terbang. Berlepas? Mengapa tidak dikatakan tiba atau berlabuh? Ya, Ramadhan itu sebuah persiapan. Ia adalah sebuah madrasah tarbiah. Universiti rahmah dan maghfirah. Tempat kita melatih diri untuk memperbanyakkan amalan dan mempertingkatkan ibadah. Tempat di mana kita mengutip dan memungut seberapa banyak bekalan untuk meneruskan sebuah perjalanan ke Universiti Ramadhan tahun berikutnya. Ini bermakna, Syawal dan bulan-b...

Solat | Saf Jemaah

Image
Assalamualaikum semua.. Ramadan kembali lagi.. ayuh kita mencari keberkatannya... Bulan Ramadan. Sinonim dengan puasa, tarawih, zakat fitrah, sahur, dan tadarus. Oh ya, bercakap tentang Tarawih..saya ada pendapat yang ingin keutarakan.... Tarawih, merupakan solat yang dikhususkan untuk bulan Ramadan  sahaja. Ia boleh dilakukan dari 8 rakaat hingga 20 rakaat. (banyak perbahasan dalam bilangan rakaat tarawih ni sebenarnya, tapi kita ambil jalan wasatiyyah. Solat Tarawih merupakan solat sunat. jadi, terpulang nak buat berapa rakaat yang kita nak... ada pendapat mengatakan terawih 36 rakaat !!! Tarawih biasa dilakukan secara berjemaah.Berbicara tentang jemaah solat ni... 1) Budak-budak kecil (Budak bawah 13 tahun) dikehendaki duduk di saf belakang 2) Saf kedua, ketiga, biasanya  dimulakan dengan belah kanan atau kiri. Yang nombor satu tu.... saya tak berapa setujulah... bukan apa, kalau difikirkan, Masjid tak kan hirukpikuk dengan suara kanak-kanak sekiranya mer...

Peristiwa Di Bulan Ramadan

Image
Assalamualaikum.... PERISTIWA DI BULAN RAMADAN Malam Lailatul Qadar – Penurunan Al-Quran ke langit Dunia Ramadan tahun ke-13 sebelum Hijrah – Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah melalui Jibril Ramadan tahun ke-3 sebelum Hijrah – Saidatina Khadijah pulang ke rahmatullah Ramadan 1H – Baginda memerintahkan supaya Masjid Dhirar yang dibina oleh Kaum Munafik dirobohkan Ramadan 2H – Zakat fitrah mula disyariatkan Ramadan 5H  – Persiapan dimulakan untuk menghadapi Peperangan Khandak (Al-Ahzab) Ramadan 6H – Zaid bin Harithah dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah bt Rabiah, pemerintah kawasan tersebut. Pihaknya telah merompak rombongan Zaid bin Harithah sebelum itu. Fatimah terbunuh di bulan Ramadan semasa berhadapan dengan tentera Muslimin ini Ramadan 7H – Ghalib bin Abdullah Al-Laithi mengetuai 130 gerombolan tentera Islam menentang Bani Awâl dan Bani Abd bin Tha'labah Ramadan 9H – Rasulullah telah pulang bersama ...