Posts

Kutub Sittah | Part II

Image
Sambungan daripada Kutub Sittah | Part 1 ( Di sini ) Gambar Hiasan Kitab Sahih Bukhari Sahih Bukhari,  nama penuhnya menurut Imam Nawawi,  Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi , manakala menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani,  Al-Jami’ Al-Sahih Al-Musnad min Hadithi Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi ,   merupakan kitab koleksi Hadith   yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadith-hadith yang terkandung dan tersusun dalam Sahih ini dianggap oleh hamper keseluruhan penganut Muslim aliran Sunni adalah antara yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kaedah yang sangat ketat dalam memilih hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika Muslim Sunni mengganggap Sahih Muslim adalah Kitab yang kedua paling murni dan suci selepas al-Quran. Imam Bukhari menghabiskan w...

Figura ITQAN

Image
Kami mempersembahkan kepada para pembaca beberapa figura Islam yang merupakan bekas penuntut/ pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) 1) Penolong Pengarah Unit Pengurusan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya = Ustaz Muhd Redza bin Ahmad  Ustaz Muhd Redza Ahmad  dalam satu Ceramah anjuran SPR 2) Penolong Pengarah Unit Penerbitan & Multimedia, Masjid Negara = Ustaz Amru Alhaz bin Adnan Ustaz Amru Alhaz Adnan  dalam satu majlis di Masjid Negara 3) Penolong Pengarah Unit Ibadah & Dakwah, Masjid Wilayah Persekutuan = Ustaz Mohammad Ashraf bin Ibrahim Ustaz Muhammad Ashraf Ibrahim  dalam satu majlis lawatan ke Masjid Wilayah Persekutuan 4) Pemilik Aran Management Consultancy. Peserta Imam Muda musim Pertama = Imam Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal (Imam Muda Aran) Imam Muda Ahmad Hazran Ahmad Kamal  dalam Majlis Pelancaran Imam Muda Aran sebagai Ikon Pelancongan Remaja Muslim oleh Sanabil Holiday Sdn Bhd ...

Kutub Sittah | Part 1

Image
Mari berkenalan dengan Kutub Sittah. Apakah itu Kutub Sittah? Soalan ini berlegar-legar di ruang mindaku baru-baru ini. Lantas, aku mencari informasi mengenainya, dan berkongsi dengan kalian. Harap ia bermanfaat. (^_^) Salah satu Kitab Hadith yang menghimpunkan unsur Kutub Sittah   Kutub Sittah Enam Kitab Utama Hadith  merujuk kepada koleksi hadith   oleh sarjana Islam   yang, kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah dan atas inisiatif mereka, menghimpun hadith   Baginda. Kepentingan Muslim Sunni melihat Kutub Sittah ini sebagai himpunan hadis yang terpenting. Berikut merupakan senarai kitab-kitab tersebut, mengikut aturan ketulenan : Sahih Bukhari , himpunan Imam Bukhari,  mengandungi 7275 hadith Sahih Muslim , himpunan Imam Muslim ,  mengandungi 9200 hadith Sunan Al-Sughra ,  himpunan Imam Nasaie Sunan Abu Daud , himpunan Imam Abu Daud Jami’ Al-Tirmizi , himpunan Imam Tirmizi Sunan Ibn Majah , ...

Ridoma Giveaway : Kenapa saya suka kanak-kanak?.

Image
1.  Ridoma Giveaway : Kenapa saya suka kanak-kanak?. 2. 3. Saya suka kanak-kanak kerana kecomelan mereka dan mengajar kita bersabar. =) 4. Hantarkan ke Ridoma FB Page

Soal Jawab Cinta Remaja

Image
SOAL JAWAB ISU CINTA REMAJA Bersama: Ustaz Azhar Idrus (Pendakwah Bebas) Isu 1  | Couple (Berpasangan) SOALAN: Ustaz, apa hukum saya pergi menemankan pasangan ‘couple’ berjumpa? Saya sudah memberitahu bahawa ‘couple’ adalah haram. Namun dia mahukan dalil yang sahih mengatakan ‘couple’ itu haram. Apakah pula yang dimaksdkan dengan zina mata? JAWAPAN: Hukum berdua-duaan antara lelaki dan perempuanyang bukan mahram adalah haram mengikut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya.” (Hadith Riwayat Bukhari) Dalam hadith lain, Rasulullah bersanda, mafhumnya: “Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya.” (Hadith riwayat Muslim) Imam Nawawi menjelaskan, Daripada hadith ini diharamkan berdua-duaan dengan wanita bukan mahram sama ada di rumah wani...

Nahdah | Tahniah !

Image
Klik gambar untuk ke laman sesawang Nahdah Tahniah kepada Parti Islam, Hizbul Nahdhah Tunisia atas kemenangan mereka dalam pilihan raya Umum Tunisia baru-baru ini. Semoga semua masyarakat dapat menerima dengan terbuka, walaupun mereka merupakan sebuah Parti Islam. Semoga Tunisia aman dan makmur di bawah pemerintahan yang mengikut syariat Islam.

Produk Islam | Ayuh Amalkan ! !

Image
Produk-produk yang menjadi simbol kepada Islam seringkali dipandang serong oleh golongan yang prejudis terhadap Islam. Justeru, sebagai seorang Muslim, ayuh bersama-sama kita amalkan produk-produk Islam ini. Insya-Allah, moga dapat diamalkan. 1) Serban Serban merupakan simbol terulung seorang Muslim. 2) Tudung Labuh Pemakaian Tudung Labuh merupakan tudung paling sempurna bag seorang Muslimah. 3) Jubah Pemakaian Jubah itu satu Sunnah. Tiada khilaf padanya. Sekadar Hiasan. - Pemakaian Jubah satu Sunnah 4) Cincin Pemakaian cincin bagi lelaki adalah sunnah disarung pada jari kelingking kanan Tidak boleh diperbuat daripada emas, walaupun sedikit. Wanita dibenarkan memakai cincin karana cincin merupakan perhiasan wanita. 5) Purdah Diharuskan kepada wanita untuk memakai purdah. Banyak kelebihan memakainya, termasuklah mengeak daripada fitnah. Moga produk-produk Islam ini dapat disebarkan penggunaannya kepada umum, khususnya kalan...