Posts

Jalan Berbeza, Tujuan Sama. [Bukan Agenda Plural]

Image
Setiap jalan yang diambil oleh manusia itu berbeza. Jalan Sufi, Haraki, Tablighi, ops, maaf istilah ini mungkin susah difahami. Ambil contoh mudah, pergi ke Mekah. Ada yang naik kapal terbang, ada yang naik kapal, yang konvoi bermotor pun ada. Bila jalan yang diambil berlainan, maka pengalaman yang dilalui juga berlainan. Yang naik kapal terbang, nampak pemandangan bandar-bandar besar dari atas, laut yang terbentang luas dibawahnya danawan yang tebal. Yang naik kapal pula, banyak masa beribadah boleh dilakukan dalam kapal. Tenang, nampak lautan yang membiru, Bandar yang kejauhan, burung terbang melintasi kapal dan sesekali ikan-ikan mengikuti kapal. Yang berkonvoi pula, pasti lebih banyak pengalaman. Perjalanan yang jauh, merentasi sempadan puluhan negara, dengan pelbagai suasana di setiap negara yang dilalui, bandar besar, perkampungan miskin, dan pelbagai lagi pengalaman yang berbeza daripada menaiki kapal dan kapal terbang, Jadi? Biar cara kita berbeza, jangan persalahk...

Pesan Naqib-naqib tentang Profesional.

Image
Naqib 'Multimedia' aku pernah kata (lebih kurang begini bunyinya), gunakan sedikit kepakaran yang kita ada semaksimum mungkin sehinggakan orang lain menyangka kita profesional dalam kerja. Naqib 'Leadership' aku pula berpesan (pon lebih kurang begini bunyinya), jangan ajar sahabat-sahabat dengan perkara yang ala kadar. Budayakan diri kita dengan sikap profesional. Point utama: Profesional. Khulasah: Berilah manfaat buat ummat, dengan ilmu yang ada walau secebis.

Regenerate Campus Democracy

Image
Pilihan Raya Fakulti (PRF) yang dihangatkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat KUIS (PMFSTM) adalah satu langkah penyuburan demokrasi kampus yang amat baik bagi pandangan saya. Ia (Publisiti dan hebahan PRF ini) merupakan satu langkah bijak, khususnya untuk menghidupkan kembali 'semangat' plihan raya kampus yang telah luluh dek kerana pembatalan PRK untuk sesi kali ini. Fakulti-fakulti lain juga dinasihatkan agar sama-sama menghidupkan PRF masing-masing. Satu fenomena yang 'seronok' bila kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa kembali naik dan hidup. Sebagai cadangan, untuk sesi akan datang (tahun depan), pihak pentadbiran KUIS melalui BPM mungkin boleh anjurkan dua acara. Acara pertama ialah Pilihan Raya Kampus bagi memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS. Manakala selang seminggu, acara kedua iaitu Pilihan Raya Fakulti pula dianjurkan, dengan kerjasama pihak Fakulti masing-masing. Ia sekaligus dapat mengaktifkan dan me...

Medan PRK

Image
Pilihan Raya Kampus KUIS. Baru sebentar tadi, sengaja melayari laman sesawang rasmi KUIS. Kemudian, terpampang di paparan hadapan laman tersebut tentang berita Pilihan Raya Kampus KUIS bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014. Notis sudah keluar. Demam PRK buat masa ini masih belum menyerang. Mungkin, setelah pembubaran MPP KUIS sesi 2012/2013 berlaku, baru demam tersebut akan viral kepada semua mahasiswa. Mungkin, dan mudah-mudahan. Pilihan Raya Kampus : Mengapa perlu ia diadakan? Pilihan Raya Kampus adalah satu platform demokrasi di mana calon-calon yang berhasrat untuk memegang kerusi kepimpinan peringkat kampus iaitu MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) bertanding melalui satu proses pilihan raya. -------- Bercakap tentang PRK, masih terngiang suasana PRK sesi lepas dengan 'speaker corner' dari sebuah pertubuhan mahasiswa yang memperjuangkan isu yuran, fenomena 'gelombang ungu', malam manifesto dan 'kerusi fakulti' yang semuanya me...

Acara

Image
Assalamualaikum ! Selamat bercuti kepada semua! Alhamdulillah, cutiku dimulakan dengan program di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) untuk Kursus Nuqaba dan Imamah Selangor. Sebuah program yang 'awesome' dan Mantap. Dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy, anjuran ILDAS dan Kelab Al-Azhar Members KUIS. Kemudian, minggu tersebut dipenuhi dengan PRK IPTA tempatan seperti UKM, USIM, UUM dan lain-lain. Ada beberapa kenalanku yang menjadi calon dan memenangi pemilihan tersebut. Tahniah dan Takziah diucapkan. Di hujung minggu pula, aku menyertai program sidang meja bulat anjuran Institut Forum Siswa (I-Forsis) yang bertemakan 'Suatu Kesepakatan Baharu: Politik Muafakat, Memberdaya Peranan MPP'. Sidang Meja Bulat tersebut dianggotai oleh front-front mahasiswa seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), dan Kumpulan aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Seminggu selepas itu, 2 har...

Relevansi Taadibi.

Image
Dalam perkongsian terbaharu, Murabbiku berpesan banyak perkara. Namun dek kerana kelemahan diri yang tidak membawa pengikat ilmu (baca: Pena dan Buku Nota), maka kutitipkan beberapa perkara utama (yang telah diolah dengan bahasa sendiri). 1. Jadilah Manusia yang Beradab. Walau apapun aliran pemikiran, konsep dan pendekatan, jadikan Adab perkara yang utama. Kamu Pro-ABC, jadilah Pro-ABC yang beradab. Kamu Pro-Cendol, jadilah Pro-Cendol yang beradab. 2. Islam itu menyeluruh. Bilamana dinamakan menyeluruh, maka mahu atau tidak, segala sistem yang berada di dunia ini, baik ekonomi, cara hidup, politik, bermuamalat dan menjalankan program, perlu diletakkan di bawah Islam. Pemimpin, sebagai contoh, adalah golongan yang termasuk dalam sistem Pentadbiran Islam. Kedudukannya di atas sistem, tetapi ia hendaklah berada di dalamnya. Barulah Islam benar-benar memacu kehidupan. 3. Jangan berhenti untuk memberi. Bilamana kini telah menjejak kaki ke alam Kampus yang penuh ...

Hidup itu Hadiah.

Image
Assalamualaikum semua. Kita sedih. Sedih la. Nampak tak hadiah yang terbuka ni? haha. (motif gelak?) Hadiah tu sebenarnya untuk adik aku, tapi dikoyakkan pembalutnya oleh sepupu aku yang kecil (si Amir) tu beberapa hari sebelum kuberikan kepada adikku. Tapi sekarang, hadiahnya dah diberikan kepada adikku, meskipun tdak berbalut. Ok, cerita habis. My point ada di bawah ni. Barang yang berbalut, Kalau dah dicabut balutannya, ditanggal sarungnya, didedahkan dirinya, Maka tiada serinya lagi, Kejutannya jua hilang, pergi. Begitu juga hidup kita. Kalau dicabut sifat malunya, ditanggal pakaian kita, didedahkan aurat kita. Maka tiada izzah diri manusia, Aib jua terbuka maruah jua tercela. Sehingga bertemu lagi ! p/s: Rajin sangat aku update blog ni dah kenapa? haha. -,-'