Posts

Secangkir Cappuccino

Image
Beginilah keadaan kami Malam Sebelum Pengundian #PilihanrayaKampusKUIS2017. Ambil pengalaman buat program bicarawara secara langsung di Facebook Page KUIS Campus Election, untuk slot #SecangkirCappuccino. As you can see, begini sahaja kami bersiaran. Haha (sedih ke suka?) Dengan kekurangan (yang teramat) peralatan teknikal. Ditaqdirkan malam tu, kepala tripod pula boleh tertinggal dekat hostel - yang dalam sangkaaan kami semua, ianya sudah hilang. Kalut. Dah la guna telefon pintar sahaja. (Kamera tiada peruntukan) Tengah bersiaran pula, bateri handphone boleh habis dengan laju, padahal sedang dicas ketika bersiaran.Kalut kuasa dua. Anyway, ianya satu perkara baru untuk diri aku. Sasaran-saaaran dalam kemahiran-kemahiran media ni tercapai sedikit demi sedikit. Lain kali nak cuba lagi kemahiran-kemahiran lain dengan penambahbaikan, selepas menjalankan proses pasca-nilai. Terima kasih kepada ahli panel, walaupun sebelum ni tak pernah pun berprogram bersama, tapi sabar...

Tentang Nama

Masa sekolah rendah, saya minta kawan-kawan panggil saya sebagai "Nukman". Sampai sekarang, diorang panggil Nukman, atau Man, sahaja. (Nuk takde lagi la rasanya 😅) Masa sekolah menengah, saya minta kawan-kawan panggil saya sebagai "Zahirul". Saje nak bagi tak janggal bila dipanggil Zahirul bila semakin tua nanti. Dan sampai sekarang, diorang panggil Zahirul, atau kalau malas sangat "Zerol". "Zahighol" atau "Zahiwol" pon pernah, sebab saya pelat R. Lidah takleh nak bergetarrr. So, biasa la kena bahan. Panggilan lain ada, cuma tak diletakkan dalam ni. Herher. Bila masuk asasi di KUIS, saya suruh kawan-kawan still panggil Zahirul. Makin hari makin selesa orang panggil Zahirul. Bila ke alam degree, saya sendiri confuse nak guna Zahirul atau Nukman. Akhirnya, sukehati diorang la nak panggil apa. Zahirul boleh, Nukman pon boleh. Tapi ramai yang panggil Nukman, menjadikan awal-awal tu rasa janggal juga sebab dah lama tak gel...

Resepi : Spaghetti Bolognese

Image
Memang lately suka letak gambar makanan je dalam insta ni. hahaha. Okey gais, kali ini kami anak beranak buat bolognese spaghetti (oh menn taktau eja betul dia camne . haha) . Buat kuah dia ni senang je. Umi ajar. Haha. Basically : 1) Bawang Merah sebijik 2) Bawang Putih 2 ulas je. 3) Daging Ayam / Lembu kisar (tadi kisar sendiri) 4) Pes Bolognese semestinya dari Prego~ 5) Minyak dan Garam jangan lupa. Okey, mula² tuangkan minyak. lepas tu, tumiskan bawang² tadi sampai naik bau. Lepastu masukkan daging2 kita yang dah dikisar tadi. Bila ayam macam dah masak sikit, masukkan sos Prego tadi. . Okey, dah siap. Ce try rasa sikit. Kalau tawar, letak garam sikit, kalau nak masam lagi, letak sos tomato atau sos cili sikit. . Dan Basic Kuah dia dah siap. 👌👌 . Anda2 semua nak tambah Sosej pon boleh, tomato dadu pon boleh, dan campur la pape asalkan sedapp . . Okey, pasta dia pulak acano? Cam biasa la, letakkan pasta dia tu dalam air bersama sedikit minyak. Didih sampai past...

Resepi : Patin Masak Tempoyak

Image
====================== PATIN MASAK TEMPOYAK ====================== Ini adalah resepi untuk Patin masak tempoyak, stail umi saya. . Bahan-bahan. Patin seekor. 2 btg Serai, ketuk dia. Cili api yg dikisar (sesuka hati / dlm 3 sb) Serbuk Kunyit Tempoyak (sesuka hati / dalam 3-4 sb) Air Bawang (kalau nak, tak letak pon xpe) . Simple kan? So, sekarang kita trust pada lidah kita je. haha. . Cara-cara nak buat: . 1. Campak dulu Cili api yang dikisar tadi, bersama air sikit. Tak perlu buka api lagi. (refer gambar 1) . 2. Lepas tu, masukkan serai yang dah diketuk. (refer gambar 2) . 3. Letak serbuk kunyit, bawang yg dah dipotong, dan air. Air jangan banyak sangat, jangan sikit sangat. Pandai-pandai, ok? (refer gambar 3) (time ni boleh dah hidupkan api) . 4. Masukkan tempoyak sesuka hati kemudian (refer gambar 4) . 5. Dah boleh masukkan ikan patin. (refer gambar 5) . 6. Tunggu dalam beberapa minit lagi, dan ... . Dah siap! . Boleh la cuba rasa. Touch up pape yan...

Resepi : Masak Cili Api

Image
Menu petang ni, simple jugak masak dia. Dipanggil sebagai "Masak Cili Api", bukan masak lemak cili api ea. Jangan silap. Herher. . Macam masak sambal je sbnrnya. . Bahan2 dia tengok time saya bercerita nanti. Haha. . - - - - - - - - . 1. Gorengkan Ayam terlebih dahulu. Nak guna sotong pon boleh, nak guna ikan keli pon boleh. Daging korban yang x habis hari tu pon, boleh guna jugak. Goreng semua, kasi garing2 gitu. . Tadi ayam dalam 7-8 ketul. Nak masukkan seekor pon boleh. . 2. Dah siap goreng, jangan buang minyak dia. Kita nak guna minyak tu utk buat sambal. Biarkan je dalam kuali tu. . 3. Kalau saya, saya suka letak kentang. So, goreng kentang siap2. . 4. Untuk sambal, kita perlukan : - 4-5 biji Bawang Besar. Lagi banyak lagi bagus. Manis bawang tu yg kita nak. (serius ni). Hiris bawang siap2. - Cili api yang dah dikisar lumat. - Asam keping dalam 4-5 keping, carik2 kan jadi lebih halus. - Garam satu sudu besar. . 5. Panaskan minyak ayam tadi. Kuanti...

Efektif dan Efisien

Image
Efektif dalam Kamus Dewan membawa maksud dapat mendatangkan hasil yang diharap-harapkan. Dalam erti kata lain, efektif ialah mencapai matlamat dalam melakukan sesuatu perkara. . Efisien dalam Kamus Dewan membawa maksud mampu mengerjakan sesuatu tugas dengan tepat dan cermat tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja. . ======================= . Bila didedahkan dengan kedua-dua terma di atas, terus minda aku teringat rancangan di TV iaitu Chef in Your Ear. (Minda sudah dijajah hedonisme? okebai) Pengguna Astro boleh tonton di Saluran 702, DIVA pada masa yang ditetapkan. . Rancangan ini menguji dua orang chef yang terkenal untuk mengajar dua orang peserta yang kurang berkemahiran dalam memasak bagi menghasilkan hidangan yang enak, dengan dibekalkan sebuah monitor dan sepasang headphone. . ======================= . Apa yang mengaitkan rancangan ini dengan dua terma yang diutarakan ialah, rancangan ini menguji keefektifan kumpulan untuk menyelesaikan tugasan dalam masa yan...

Syor Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya : Daerah Seremban

Image
Syor-syor yang dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihanraya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Sebagaimana yang telah dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Tahun 2016. Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat satu pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu : P. 132 Port Dickson (Nama Asal: Telok Kemang) Bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat tiga pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu : 1. N. 24 Seremban Jaya (Nama Asal: Senawang) 2. N. 33 Sri Bayu (Nama Asal: Port Dickson) 3. N. 36 Bukit Rokan (Nama Asal: Repah) Terdapat perubahan pada persempadanan bagi P. 127 Jempol, P. 128 Seremban, P. 130 Rasah, P. 131 Rembau, P. 132 Port Dickson dan P. 133 Tampin. Sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang tidak disebut tetap serupa seperti yang ada sekarang. Rujuk Peta yang disediakan. Parlimen Jelebu   Parlime...