Boss Susu sentiasa dengan punchline tersendiri di GegarVaganza | Farm Fresh


Bagi mereka yang mengikuti program tahun ke-6 dari Astro iaitu GegarVaganza, tentunya akan mengetahui bahawa syarikat susu terkemuka negara, Farm Fresh Milk Sdn Bhd atau Farm Fresh merupakan penaja utama program tersebut. 

Setiap minggu jika anda menonton GV, anda akan dapat mengikuti Ketua Pengarah Operasinya, Encik Azmi Zainal atau diberi gelaran Boss Susu diberi ruang untuk menyampaikan sesuatu. Menariknya, setiap kali bercakap, pasti akan meninggalkan punchline tersendiri !

Minggu 1
Kalau teringat orang di kampung yang disayang, anak di asrama, boleh order online www.farmfresh.com.my. Kita bagi tawaran istimewa, potongan harga istimewa, dan taip ffgv6 hantarkan kepada anak, ibu kita di kampung. Kalau nak hantar kepada Ex pun boleh.... Enjoy!"
Minggu 2
Selain order online tu, kita boleh juga hantar ucapan kepada orang-orang yang tersayang. Kepada ibu bapa kita, kepada anak kita, yang jauh dari kita. Dan mana yang nak hantar kepada ex tu, boleh juga hantarkan ucapan, "Kenang Daku Dalam Doamu".
Minggu 3
"Susu Kurma ni manis, semanis senyuman andaaa.."
Minggu 4
Susu kurma produk bermutu,
Jenama Farm Fresh yang mula dulu,
Kini ramai yang cuba tiru,
Tapi Farm Fresh tetap di hatimuuu.

Minggu 5
"Susu-susu ni dibawa jangka masa 48 jam kepada pengguna semua, tapi... tapi... semua penonton GV ni 24 jam di hati Boss Susu. Cia...cia..cia.."
Minggu 6
Buah cempedak di luar pagar,
Ini barulah susu segar.
Minggu 7
Tembakannya tepat, Persembahannya aman,
Cuma chorusnya itu harus diajar, Ini barulah susu segar...
Minggu 8 (Pantun Loghat Kedah)
Berbaju putih nampak segak,
Ini barulah susu segaqqqq.
Apa pula punchline di 3 minggu terakhir ini? Sama-sama nantikan. Haha.
-------------



Oh ya, Farm Fresh dengan kerjasama Astro sempena GegarVaganza musim ini turut menjalankan sebuah program kebajikan atas nama Astro & Farm Fresh Kongsi Rezeki yang mana setiap minggu akan diberikan sejumlah wang sebagai bantuan kepada penghibur tanah air atau keluarga mereka.


Santai~

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan