Posts

Boss Susu sentiasa dengan punchline tersendiri di GegarVaganza | Farm Fresh

Image
Bagi mereka yang mengikuti program tahun ke-6 dari Astro iaitu GegarVaganza , tentunya akan mengetahui bahawa syarikat susu terkemuka negara, Farm Fresh Milk Sdn Bhd atau Farm Fresh merupakan penaja utama program tersebut.  Setiap minggu jika anda menonton GV, anda akan dapat mengikuti Ketua Pengarah Operasinya, Encik Azmi Zainal atau diberi gelaran Boss Susu diberi ruang untuk menyampaikan sesuatu. Menariknya, setiap kali bercakap, pasti akan meninggalkan punchline tersendiri ! Minggu 1 Kalau teringat orang di kampung yang disayang, anak di asrama, boleh order online www.farmfresh.com.my . Kita bagi tawaran istimewa, potongan harga istimewa, dan taip ffgv6 hantarkan kepada anak, ibu kita di kampung. Kalau nak hantar kepada Ex pun boleh.... Enjoy!" Minggu 2 Selain order online tu, kita boleh juga hantar ucapan kepada orang-orang yang tersayang. Kepada ibu bapa kita, kepada anak kita, yang jauh dari kita. Dan mana yang nak hantar kepada ex tu, boleh juga hantarkan ucap...

Keperluan Permuafakatan Parti Politik Pulau Pinang

Image
Terlebih dahulu, anda semua boleh membaca berita di atas di pautan berikut: https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/19/bersatu-ambil-alih-pulau-pinang-daripada-dap/ ------ Setuju dengan saranan ini. Jika disingkap semula sejarah menjelang PRU14 tempoh hari, terdapat banyak parti-parti baharu yang timbul. Ada yang mendakwa sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) walaupun BN tidak mengiktiraf. Ada parti yang berpaut dalam Gagasan Sejahtera di Pulau Pinang, sedangkan di negeri lain menentang PAS. Parti Cinta Malaysia (PCM) terlebih awal merapati PAS dan Gagasan Sejahtera dalam siri kempen mewujudkan blok ketiga - dan telah meletakkan calon di tempat yang tidak ditandingi PAS atau Ikatan. Kemudiannya Parti Alternatif Rakyat (PAP) juga mengambil langkah dan ruang untuk bersama-sama dalam Gagasan Sejahtera bagi menyertai blok ketiga. Walau bagaimanapun, kerjasama dan persefahaman ini hanya berlaku di Pulau Pinang sahaja. Malangnya, PAP tidak bekerjasama dengan PAS di ...

"Hormati Enam Ulamak ini" Pesan Seseorang kepada Blogger MSO

Image
"Sayuti enta sudah hebat...sebelum ana meninggal ana nak pesan kepada enta, hormati enam orang ulamak ini," pesan seseorang (yang tidak dinyatakan) yang sudah meninggal dunia pada tahun 2000 kepada blogger Mohd Sayuti Omar (MSO) Enam Ulamak tersebut ialah: 1. Almarhum Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom  (mantan Mufti Negeri Selangor) 2. Almarhum Ustaz Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor  (mantan Presiden PAS) 3. Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Azmi bin Ahmad  (mantan Mufti Negeri Pulau Pinang) 4. Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  (mantan Mursyidul Am PAS/mantan Menteri Besar Kelantan) 5. Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron bin Din  (mantan Mursyidul Am PAS) 6. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang  (Presiden PAS) Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2013/09/beraya-di-harakah-sambil-mengusik-kawan.html

Senarai Balai Polis di Negeri Sembilan

Image
Senarai Balai Polis di Negeri Sembilan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Jalan Cambell 70710 Seremban, Negeri Sembilan 06-7682222 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6136222 Balai Polis dalam Daerah Jelebu 1. Balai Polis Kg.Chennah 71650 Kg.Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6111324 2. Balai Polis Kuala Klawang 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6136222 3. Balai Polis Pertang 72300 Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4941224 4. Balai Polis Simpang Durian 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4914223 5. Balai Polis Simpang Pertang 72300 Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4929222 6. Balai Polis Titi 71650 Titi, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6111222 Pondok Polis dalam Daerah Jelebu 1. Pondok Polis Paradong 71600 Paradong, Jelebu, Negeri Sembilan. 06-6136420 2. Pondok Polis Kg.Jerang 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan 06-491...

Menaip semula

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hai, apa khabar semua pembaca. Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan Ramadan 1440H, bulan mulia yang penuh mengajar kita untuk terus berusaha melakukan kebaikan dan perkara-perkara benar. Lama juga saya tidak menaip seperti manusia. Haha. Sebelum ini lebih kepada memberi informasi-informasi yang harapnya bermanfaat untuk semua, lebih kepada menjadi buku dan sebagainya. Hantaran kali ini lebih bersifat santai dan manusiawi. Insya-Allah --------------- Ada beberapa kenalan sudah meminta untuk saya menulis. Tulis secara ringkas Tulis dengan memberikan perkongsian baharu. Sehinggakan ada yang meminta saya menulis buku. Masya-Allah! Impian menulis buku sebenarnya sudah lama tersimpan kemas, sudah berhabuk tebal tidak berusik. Biarlah bila tiba masanya nanti, andai masih ada lagi rasa berkongsi menerusi buku, saya akan mulakan penulisan. Insya-Allah. - tangan sendiri -  Sebenarnya menulis blog seperti hantaran kali inip...

Nama Masjid di Luak Sungai Ujong dengan Gelaran Adat

Image
Dato Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Mubarak Dohak NAMA MASJID DENGAN GELARAN ADAT - SUNGAI UJONG. Alhamdulillah, kelmarin (21 Disember 2018) telah berlangsung majlis perasmian & pengisytiharan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sg. Ujong, Kuarters KLIA, Nilai yang disempurnakan oleh YTM Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak. Difahamkan, kini terdapat enam buah masjid dalam Luak Sungei Ujong (dikira Daerah Seremban kini) dinamakan sempena nama pemimpin atau gelaran adat bagi Luak Sungei Ujong. Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Kariah Sikamat. Masjid ini dibina pada tahun 2000, dan dinamakan dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-13, Dato' Mohd Yusof Hashim. Masjid Jamek Dato' Kelana Petra Sendeng, Ampangan. Masjid ini dibina pada tahun 1840, dan diubah nama pada tahun 1995 dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-11, Dato' Sendeng. Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak...

Kerisauan Mengenai Pilihan Raya Tempatan

Image
KERISAUAN MENGENAI PILIHAN RAYA TEMPATAN. Antara kerisauan Presiden, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan adalah disebabkan impak warisan cara urus tadbir bandar peninggalan penjajah. Pilihanraya PBT menuntut proses pengundian oleh penduduk di kawasan-kawasan bandar, sedangkan bandar dihidupkan bukan sahaja oleh penduduk di bandar, tetapi mereka yang berkunjung dan bekerja - tidak duduk di bandar - turut terlibat dalam menghidupkan sesebuah bandar. Pilihanraya PBT yang dituntut oleh sesetengah parti politik akan menjadi tidak adil kerana ketidakseimbangan kaum di bandar dan tidak melibatkan mereka yang sebenarnya secara langsung menghidupkan bandar. #PilihanrayaPBT #LocalElection